Kunjungan Hormat Duta Besar Belgium ke Malaysia


KUALA LUMPUR 25 Feb–Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin menerima kunjungan hormat Duta Besar Belgium ke Malaysia, TYT Peter Van Acker di Wisma Pertahanan hari ini.
Pertemuan ini membuka ruang memperkukuh hubungan Malaysia-Belgium serta meneroka potensi kerjasama baharu, khususnya dalam industri dan teknologi pertahanan.
