Ihya’ Ramadan Kementerian Pertahanan

KUALA LUMPUR 24 Feb–Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin bersama Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim menunaikan solat Asar dan meneruskan pengisian Program Ihya’ Ramadan bagi menyemarakkan penghayatan bulan penuh kemuliaan ini.
Program diteruskan dengan Tazkirah Ramadan di Masjid Khalid bin Al-Walid, Jalan Padang Tembak, yang disampaikan Pengarah Dasar dan Pengurusan Kor Agama Angkatan Tentera (KAGAT), Kolonel Dr. Khairul Fauzi bin Azmi, menyentuh kepentingan memperkukuh iman, takwa dan akhlak.

