Perasmian Program Minda Sihat Sahsiah Hebat

KANGAR 22 Feb–Ketua Wanita UMNO Datuk Seri Dr Noraini Ahmad semasa hadir menyempurnakan Majlis Perasmian Program Minda Sihat Sahsiah Hebat bersama Wanita Negeri Perlis yang berlangsung di Hotel Putra Regency Kangar. Turut hadir Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Perlis Rozabil Abdul Rahman.
Suasana dewan dipenuhi dengan kehadiran hampir 300 wanita daripada cawangan-cawangan seluruh negeri jelas menggambarkan kesungguhan dan komitmen mereka dalam memperkukuh jati diri, emosi serta sahsiah sebagai wanita dan pemimpin masyarakat.

Hashtag/Tanda Pagar/Tagar : #PolitikEraBaharu #UMNO80Tahun #UMNO