Hujah Tanpa Fakta… Cuba Kelirukan Dewan… Itulah Sikap Ahli Parlimen PH
KUALA LUMPUR, 3 April – Sikap ahli Parlimen Pakatan Harapan (PH) di Dewan Rakyat masih tak berubah sebagaimana mereka bergelar pembangkang iaitu berhujah tanpa fakta dengan jawapan-jawapan yang tidak berisi dan hanya mengelirukan pihak lain, kata Kata Ahli Parlimen Tapah, Datuk Seri M.Saravanan.
Katanya, sepanjang sepuluh bulan sejak PH ambil alih sepatutnya mereka sedar bahawa rakyat memilih mereka bukanlah sebab kelayakan mereka sebagai pentadbir.
“Kerajaan PH tak sedar bahawa rakyat pilih mereka untuk memerintah bukan sebab rakyat sayang kepada mereka namun sebab mereka marah BN atas fitnah yang mereka buat. Rakyat termakan dengan fitnah mereka dan mereka pilih PH iaitu pilihan selain BN, bukan sebab rakyat sayangkan mereka,” katanya.
Jelas beliau, dengan sesi perbahasan dan soal jawab di Parlimen, rakyat jelas mengetahui bagaimana sikap kerajaan PH mentadbir.
“Kalau keadaan ini berterusan mungkin rakyat di luar sana akan benci kepada kerajaan kerana disebabkan ada sikap ahli Parlimen yang berhujah tak berlandaskan fakta, tak relevan.
“Misalnya, Ahli Parlimen Jelutung ( RSN Rayer) bercakap telah membina lapan buah sekolah sedangkan seluruh masyarakat India di negara ini tahu sehingga ke hari ini PH belum membina satu pun sekolah. Jadi, kalau ini berterusan maka rakyat tak akan yakin dengan kerajaan yang ada.”
Begitu juga katanya apabila Ahli Parlimen Rembau (Khairy Jamaluddin membangkitkan soal hutang dan ekonomi negara kepada menteri kewangan.
“Apabila Bagan (Lim Guan Eng) menjawab isu-isu ekonomi negara, keadaan menjadi pelik kerana Bagan meminta Pekan (Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak) untuk menerangkan sedangkan patutnya pembangkang menyoal dan kerajaan menjawab.
“Namun apabila YB Rembau menyoal berapakah jumlah hutang keseluruhan dan apakah jumlah projek pembangunan tapi Bagan tak menjawab sedangkan dia meminta Pekan menjawab. Bagan cuba mengelirukan Dewan… terbukti kerajaan tak ada jawapan, maka mereka menjawab dengan pusing… pusing dan pusing untuk mengelirukan Dewan khususnya berkaitan hutang negara kononnya RM1 trilion.”
Beliau berkata demikian dalam diskusi dari Parlimen yang mengupas isu-isu di Dewan Rakyat dan dihoskan oleh Datuk Dr. Noor Azizan Abdul Majid, Diskusi tersebut telah disiarkan menerusi laman Facebook UMNO-Online, malam tadi.
Dalam hal lain, beliau turut menyentuh soal pengumuman pengiktirafan Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) yang dibuat oleh Timbalan Menteri Pendidikan, Teo Nie Ching.
“Keadaan sekarang cukup rumit. Kita dah memerintah selama 60 tahun dan biasanya pengumuman-penguman dasar akan dilakukan oleh Perdana Menteri atau Menteri Pendidikan… bukannya timbalan menteri yang lakukan… dia tak ada portfolio itu.
“Ini amat menakutkan sistem pendidikan kita. Saya percaya rakyat masih tak jelas dengan kedudukan kerajaan dalam negara kita kerana masih tanpa hala tuju. Patutnya buat kajian, ada perbincangan dan sebagainya
“Apa yang saya dengar… keadaan ini menunjukkan seakan ada satu kumpulan atau ada satu parti tertentu yang buat keputusan bagi pihak kerajaan… ada satu kumpulan yang kuasanya Putrajaya… satu parti yang buat keputusan atas agenda-agenda mereka, atau untuk kaum mereka sahaja… inilah yang diuar-uarkan mereka,” katanya lagi. – MediaUMNO