Lawatan Ke Ibu Pejabat FGV

KUALA LUMPUR 16 Februari — Timbalan Perdana Menteri merangkap Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengadakan lawatan ke Ibu Pejabat FGV di Wisma FGV, Kuala Lumpur bagi bertemu dan berdialog secara langsung bersama pengurusan tertinggi FGV.Lawatan ini memberi ruang untuk melihat sendiri perkembangan semasa, memahami cabaran yang dihadapi serta meneliti hala tuju strategik yang sedang dirangka bagi memastikan institusi penting ini terus kukuh, berdaya saing dan memberi manfaat besar kepada peneroka serta ekonomi negara.

