Kerjasama Strategik MARA Dan Australia


MELBOURNE 16 Februari — Setiausaha Agung UMNO merangkap Pengerusi MARA Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki
bersama delegasi MARA berpeluang mengadakan pertemuan bersama Hon. Andrew Giles, Menteri Kemahiran dan Latihan serta Hon. Julian Hill, Timbalan Menteri Pendidikan Antarabangsa, Australia di Melbourne bagi membincangkan pengukuhan kerjasama strategik antara MARA dan Kerajaan Australia. Perbincangan ini membuka lembaran baharu dalam memperkukuh hubungan dua hala yang berteraskan pendidikan tinggi, TVET dan mobiliti pelajar serta pembangunan bakat masa hadapan.

Hashtag/Tanda Pagar/Tagar : #PolitikEraBaharu #UMNO80Tahun #UMNO