Lawatan Ke NZ Frozen Industries Sdn. Bhd.


JOHOR BAHRU 12 Feb–Pengerusi Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE), Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican mengadakan lawatan ke NZ Frozen Industries Sdn. Bhd., sebuah syarikat tempatan yang telah beroperasi sejak tahun 2008 dan kini berkembang sebagai pengeluar makanan sejuk beku berasaskan bakeri dan pastri yang berdaya saing di pasaran tempatan serta antarabangsa.
