Mengadakan Perbincangan Dua Hala

FIJI 9 Feb– Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said mengadakan perbincangan dua hala bersama rakan sejawat dari Singapura, TYT @edwintong di sela-sela Mesyuarat Menteri-Menteri Undang-Undang Komanwel 2026 di Fiji sebentar tadi.
Dalam pertemuan, kami telah berbincang dan bertukar-tukar pandangan untuk terus memperkukuh kerjasama Malaysia–Singapura khususnya dalam bidang mediasi, timbang tara serta insolvensi rentas sempadan.

