Hari Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Bertemu Rakyat

MELAKA 4 Feb–Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Ab Rauf Yusoh bersama barisan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Melaka EXCO komited turun padang dan terus menerima kunjungan rakyat bersempena Program Hari Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Bertemu Rakyat (HEBAT) siri pertama tahun 2026.
Program ini diwujudkan khusus untuk rakyat Melaka sebagai medan mendengar denyut nadi rakyat secara langsung. Pentadbiran saya bukan sekadar menerima aduan, malah berusaha mencari jalan penyelesaian segera, di samping membuka ruang seluas-luasnya kepada cadangan dan pandangan demi kesejahteraan rakyat.

