Kunjungan Hormat Duta Besar Republik Persekutuan Jerman ke Malaysia

KUALA LUMPUR 3 Feb–Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin menerima kunjungan hormat Duta Besar Republik Persekutuan Jerman ke Malaysia, PYT Silke Riecken-Daerr, di Wisma Pertahanan hari ini.
Pertemuan ini mencerminkan hubungan pertahanan Malaysia-Jerman yang terus berkembang positif, termasuk usaha memuktamadkan Joint Declaration of Intent (JDOI) bagi mengangkat hubungan dua hala ke tahap yang lebih strategik, di sela-sela Munich Security Conference 2026 pada pertengahan Februari.

