Majlis Penutupan Perjumpaan, Taklimat dan Penyampaian Watikah Pelantikan

TEMERLOH 31 Januari– Menteri Besar Pahang merangkap Naib Presiden UMNO Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail merasmikan Majlis Penutupan Perjumpaan, Taklimat dan Penyampaian Watikah Pelantikan Kepada Pengerusi-Pengerusi Pusat Daerah Mengundi (PDM) Seluruh Pahang di Dewan Sri Mentakab, Temerloh.
Majlis ini bukan sekadar simbolik penyerahan watikah, malah menjadi medan penyelarasan hala tuju, pengukuhan semangat kerja berpasukan serta penyampaian amanat agar setiap Pengerusi PDM dapat melaksanakan tanggungjawab dengan baik.

Hashtag/Tanda Pagar/Tagar : #PolitikEraBaharu #UMNO80Tahun #UMNO