Pemukiman Pemerkasaan Jentera & Kepimpinan UMNO Bahagian Kluang 2026

BENTONG 31 Januari –Setiausaha Agung UMNO Datuk Dr.Asyraf Wajdi Dusuki
berkesempatan bersama akar umbi UMNO Bahagian Kluang dalam Pemukiman Pemerkasaan Jentera & Kepimpinan UMNO Bahagian Kluang 2026 yang berlangsung di Institut Latihan Memperkasa Ummah (ILMU), Janda Baik.
UMNO Bahagian Kluang menjadi bahagian ke-97 dalam siri jelajah ke seluruh negara bagi bertemu secara langsung dengan akar umbi dan kepimpinan parti di empat peringkat.
