Tidak Rasmi : BN Dijangka Kekal Parlimen Kinabatangan, DUN Lamag
KUALA LUMPUR, 24 Jan – Barisan Nasional (BN) dijangka mengekalkan kemenangan dalam keputusan tidak rasmi bagi Parlimen Kinabatangan dengan majoriti 12,426 undi selepas 111 daripada 119 saluran selesai dikira.
Perkara itu dimaklumkan oleh Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki menerusi satu hantaran di laman Facebooknya.
Menurut beliau, BN turut mencatat kemenangan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Lamag dengan majoriti 3,689 undi, berdasarkan keputusan 21 daripada 32 saluransetakat ini.
Keputusan penuh dan rasmi masih menunggu pengesahan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) selepas proses pengiraan selesai sepenuhnya. – UMNO Online
