Jemputan Makan Malam Duta Besar Republik Rakyat China ke Malaysia

 

KUALA LUMPUR 22 Jan–Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin memenuhi jemputan makan malam yang dihoskan oleh Duta Besar Republik Rakyat China ke Malaysia TYT Ouyang Yujing di kediaman rasmi beliau.
Undangan ini mencerminkan keakraban serta tahap kepercayaan tinggi yang terus terjalin antara Malaysia dan Republik Rakyat China. Pertemuan ini dimanfaatkan untuk memperbaharui komitmen bersama serta memperkukuh hubungan dua hala yang telah lama terjalin.

Hashtag/Tanda Pagar/Tagar : #PolitikEraBaharu #UMNO80Tahun #UMNO