Perasmian Tanjakan (Jejambat) dan Plaza Tol Bestari Perdana

PASIR GUDANG 22 Jan– Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi bersama Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi pada Majlis Perasmian Tanjakan (Jejambat) dan Plaza Tol Bestari Perdana di sini hari ini. Pembukaan tanjakan dan plaza tol baharu melibatkan kos pembinaan berjumlah RM70 juta ini dijangka memendekkan masa perjalanan daripada sekitar 45 minit kepada hanya 15 minit sekali gus memberi manfaat kepada penduduk di Masai, Kong Kong, Tanjung Langsat dan Pasir Gudang.

