Penyerahan Bantuan Awal Persekolahan 2026

SEREMBAN 20 Jan–Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan menyempurnakan Majlis Penyerahan Bantuan Awal Persekolahan 2026 kepada murid-murid Sekolah Kebangsaan Senawang di sini hari ini.
Bantuan kewangan tunai secara one-off yang disalurkan pada awal tahun ini bertujuan meringankan beban perbelanjaan persekolahan yang ditanggung oleh ibu bapa dan penjaga, khususnya dalam menyediakan keperluan asas murid bagi memulakan sesi persekolahan.
