Majlis Tahlil dan Doa Selamat Sempena 7 Tahun Kesultanan Pahang

KUANTAN 9 Januari — Menteri Besar Pahang merangkap Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail ketika menghadiri Majlis Tahlil dan Doa Selamat Sempena 7 Tahun Kesultanan Pahang di Istana Abdulaziz, Kuantan. Mewakili seluruh rakyat jelata negeri Pahang Darul Makmur dengan penuh kesyukuran merafakkan doa ke hadrat Allah SWT, semoga Kebawah Duli Paduka Baginda Tuanku, Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang, serta Kebawah Duli Paduka Mulia Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, bersama paduka anakanda putera dan puteri serta cucunda sentiasa berada dalam limpah rahmat dan perlindungan Allah SWT, dikurniakan kesihatan yang berpanjangan, kebahagiaan, serta kesejahteraan yang berterusan.

