Penyerahan Sumbangan Pembangunan Dan Baik Pulih Asrama Anak-Anak Yatim Kota Tinggi

KOTA TINGGI 8 Jan–Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin merangkap Ahli Parlimen Kota Tinggi menyempurnakan Penyerahan Sumbangan Pembangunan dan Baik Pulih Asrama Anak-Anak Yatim Kota Tinggi di Pertubuhan Kebajikan Anak-Anak Yatim Islam, Kota Tinggi di sini hari ini.
Sebanyak RM100,000 telah diperuntukkan untuk tabung pembangunan pertubuhan dan diharapkan sumbangan baik pulih ini dapat memberikan persekitaran yang lebih kondusif, seterusnya membantu proses pembesaran dan pembelajaran anak-anak yatim dengan lebih baik.
