Bertemu Dengan Warga NADMA Dan Pasukan SMART

KUALA LUMPUR 8 Jan–Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bertemu dengan warga NADMA dan Pasukan SMART dalam Sesi Amanat Tahun Baharu 2026. Pertemuan ini merupakan ruang muhasabah untuk kita mengingatkan diri bahawa di sebalik setiap statistik bencana, ada nyawa, maruah dan harapan rakyat yang bergantung kepada kecekapan serta kecepatan tindakan kita.
Melangkah ke tahun baharu 2026 ini, saya telah menggariskan tiga hala tuju strategik yang perlu menjadi kompas kerja NADMA dan SMART.

