Kunjungan Hormat Panglima Tentera Darat

KUALA LUMPUR 7 Jan–Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin menerima kunjungan hormat Panglima Tentera Darat yang baharu, Jeneral Dato’ Azhan bin Hj Md Othman, di Wisma Pertahanan, hari ini.
Jeneral Dato’ Azhan telah dilantik sebagai Panglima Tentera Darat (PTD) ke-31 berkuat kuasa 1 Januari 2026, selaras keputusan Majlis Angkatan Tentera Ke-631 pada 19 November 2025 dan setelah diperkenankan oleh KDYMM SPB YDPA Sultan Ibrahim pada 1 Disember 2025.

