Pemakaian Pangkat Panglima Tentera Darat

KUALA LUMPUR 6 Jan–Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin menyempurnakan Majlis Pemakaian Pangkat Panglima Tentera Darat, Jeneral Dato’ Azhan bin Hj Md Othman, yang dilantik sebagai Panglima Tentera Darat ke-31 berkuat kuasa 1 Januari 2026 di Wisma Pertahanan, hari ini.
Pelantikan ini dibuat selaras dengan keputusan Majlis Angkatan Tentera (MAT) Ke-631 pada 19 November 2025, dan telah diperkenankan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong pada 1 Disember 2025.

