Melawat Medan Niaga Kampung Melayu Majidi

JOHOR BAHRU 5 Jan–Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi bersama Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Johor Datuk Mohd Jafni Md Shukor dan Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Johor Datuk Mohd Jafni Md Shukor berkesempatan meninjau sendiri operasi serta kemudahan di Medan Niaga Kampung Melayu Majidi bagi memastikan kebajikan peniaga dan keselesaan pengunjung sentiasa diberi perhatian.
Antara usaha yang telah dilaksanakan termasuk diskaun sewaan sehingga 50% sehingga hujung tahun, selain penambahbaikan kemudahan seperti pemasangan perangkap lalat, televisyen, serta naik taraf aspek kebersihan dan keselesaan di kawasan medan selera.

