Program Mesra Rakyat Kukuh Silaturahim di Kimanis

KIMANIS, 25 Dis — Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi merangkap Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Mohamad Alamin hadir merasmikan Program Hari Keluarga dan Sukaneka di Kg Kurnia. Beliau turut meluangkan masa beramah mesra sambil mendengar pandangan serta isu penduduk setempat dalam suasana mesra dan santai.

