Karnival Masjid Tanah

MASJID TANAH 21 Dis–Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Ab Rauf Yusoh melepaskan peserta Larian Budaya Masjid Tanah sempena Karnival Masjid Tanah di sini hari ini. Pelbagai acara berlangsung pada sebelah pagi seperti bola jaring, futsal, street soccer, liga penalti veteran, liga penalti netball veteran, konda kondi, dam aji, sukaneka, memanah, tarik tali, explorace, kenduri rakyat, gunting rambut, program berkhatan, Jualan Rahmah MADANI, program tukar minyak hitam dan banyak lagi.

