Pengumuman Pakej Lengkap Desa Kirana

SUNGAI BESAR 20 Dis–Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyempurnakan Majlis Pengumuman Pakej Lengkap Desa Kirana di Dataran Kampung Batu 23, Sungai Nibong, Sekinchan. Inisiatif ini meletakkan komuniti desa sebagai pemain utama dalam rantaian pelancongan, sekali gus membuka ruang peningkatan pendapatan serta kesejahteraan penduduk setempat.
Sebanyak 25 Pakej Lengkap Desa Kirana telah diumumkan di seluruh negara sebagai destinasi pelancongan desa bernilai tinggi untuk pasaran domestik dan antarabangsa, dan Kampung Batu 23 yang indah ini merupakan salah satu daripadanya.


