Menerima Kunjungan Menteri Negara (Perdagangan dan Perusahaan) Singapura

JOHOR BAHRU 9 Dis–Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi menerima kunjungan daripada Menteri Negara (Perdagangan dan Perusahaan) Singapura, Encik Alvin Tan, bagi mengeratkan lagi hubungan antara Johor dan Singapura.
Pertemuan ini memberi ruang kepada perbincangan mengenai usaha mempertingkat kelancaran pergerakan rentas sempadan, kemajuan projek RTS, penambahbaikan kecekapan sistem CIQ, serta pengukuhan kerjasama ekonomi melalui Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) yang semakin mendapat perhatian rakyat dan pelabur.

Hashtag/Tanda Pagar/Tagar : #PolitikEraBaharu #UMNO80Tahun #UMNO