Sambutan 100 Tahun Penyelidikan Getah

KUALA LUMPUR 8 Dis–Datuk Seri Johari Abdul Ghani melawat pameran semasa hadir merasmikan Majlis Sambutan 100 Tahun Penyelidikan Getah, menandakan satu abad sejak penubuhan RRIM pada tahun 1925. Sepanjang tempoh ini, penyelidikan getah telah memperkukuh kedudukan Malaysia sebagai peneraju global, termasuk melalui piawaian Standard Malaysian Rubber (SMR) dan pembangunan klon yang lebih produktif.


