Menjawab Pertanyaan ADUN Ketari

KUANTAN 8 Dis–Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail menjawab pertanyaan ADUN Ketari Su Keong Siong, berkaitan strategi atau pelan reduksi Non Revenue Water (NRW) pada hari kedua Mesyuarat Ke-3 Penggal Ke-4 Dewan Negeri Ke-15 di Wisma Sri Pahang hari ini.
Kerajaan Negeri melalui Pengurusan Air Pahang Berhad (PAIP) sentiasa menitik berat usaha dan fokus bagi meningkatkan kualiti perkhidmatan air di Negeri Pahang.

