Mempengerusikan Mesyuarat JKPB


KUALA LUMPUR 4 Disember –Timbalan Perdana Menteri merangkap Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Pembangunan Belia (JKPB) Kali ke-6 di Parlimen untuk menyelaras dasar pembangunan belia secara inklusif, terancang, menyeluruh dan bersepadu selaras dengan komitmen Kerajaan dalam melahirkan generasi muda yang berwawasan dan berdaya saing.
