Sumbangan Kerajaan Negeri

BENTONG 3 Dis–Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail menyerahkan cek sumbangan Kerajaan Negeri kepada penerima di Majlis Perbandaran Bentong hari ini.
Sebanyak RM814,815 telah diserahkan kepada 30 wakil dan penerima.
Sumbangan ini merupakan bukti bahawa Kerajaan Negeri Pahang sentiasa komited dalm selaras dengan Aspirasi Pahang 1st dalam memastikan kesejahteraan rakyat terus terjamin, khususnya dalam meningkatkan kemudahan, peluang dan kehidupan masyarakat di peringkat akar umbi.
