Anak Muda Bangkit

TUARAN, 20 Nov – Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin, bersama Calon BN N.13 Pantai Dalit, Alfian Sambas hadir dalam Program Malam Anak Muda Bangkit yang diadakan sempena kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah, di Pusat Operasi BN di sini. Program ini menghimpunkan semangat dan sokongan anak muda Pantai Dalit untuk bersama memastikan kemenangan Barisan Nasional.


