Mengiringi Calon N. 58 Lamag

KINABATANGAN 15 Nov–Pengerusi Barisan Nasional Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail bersama pimpinan serta ahli-ahli Barisan Nasional berada di Sabah bagi memberikan sokongan penuh kepada calon-calon Barisan Nasional yang hadir untuk proses penamaan calon bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah pada 29 November 2025.
Bagi DUN Lamag, Barisan Nasional mengekalkan Datuk Seri Panglima Bung Moktar bin Radin sebagai calon DUN Lamag, manakala bagi DUN Sukau, Barisan Nasional mengekalkan Datuk Jafry Ariffin untuk terus membawa suara rakyat di kawasan tersebut.

Hashtag/Tanda Pagar/Tagar : #PolitikEraBaharu #UMNO80Tahun #UMNO