Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2024 Dan Majlis Jasamu Dikenang 2025

PUTRAJAYA 12 Nov–Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan semasa hadir Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2024 dan Majlis Jasamu Dikenang 2025, untuk pesara-pesara di Kementerian Luar Negeri, yang diadakan di Dewan Tunku Abdul Rahman Putra, Wisma Putra sini hari ini.
Tahniah kepada semua 114 penerima APC 2024 ini. Penerima2 APC adalah antara yang terbaik daripada yang terbaik serta lambang dedikasi, disiplin dan kecemerlangan warga Wisma Putra.


