Majlis Sambutan Hari Integriti dan Hari Inovasi MINDEF 2025

KUALA LUMPUR 11 Nov–Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin menyempurnakan Majlis Sambutan Hari Integriti dan Hari Inovasi MINDEF 2025 bertemakan “Pertahanan Berintegriti, Inovasi Berkualiti, Aspirasi Malaysia MADANI” di Wisma Pertahanan hari ini.
Sambutan ini menzahirkan tekad MINDEF untuk membina organisasi yang tangkas, berdaya saing dan berpaksikan amanah serta tanggungjawab.

