Majlis Peluncuran Sekolah Angkat MADANI Malaysian Defence Intelligence Organisation

KOTA TINGGI 10 Nov–Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin menyempurnakan Majlis Peluncuran Sekolah Angkat MADANI Malaysian Defence Intelligence Organisation (MDIO) di SK Gembut, di sini hari ini.
Program ini merupakan sebahagian pelaksanaan pendekatan “Whole of Government” Malaysia MADANI, yang memberi peluang kepada setiap agensi kerajaan untuk memainkan peranan aktif dalam membina kesejahteraan masyarakat.
