Merasmikan Malaysia International Halal Showcase

SHANGHAI 6 Nov–Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi merasmikan Malaysia International Halal Showcase (MIHAS@Shanghai 2025) bersempena China International Import Expo (CIIE) di NECC hari ini.
Penganjuran MIHAS@Shanghai yang diterajui MATRADE dengan kerjasama CIIE Bureau membuktikan komitmen Malaysia dalam memacu pertumbuhan ekonomi halal global yang kini dianggarkan bernilai USD2.3 trilion dan dijangka meningkat kepada USD10.5 trilion menjelang 2030. Saya turut menghargai kerjasama erat antara MARA dan MATRADE melalui MoU strategik merangkumi pengantarabangsaan produk Bumiputera, inovasi halal dan promosi digital.

