Merasmikan CIDBH Information Centre (Shanghai)

SHANGHAI 5 Nov–Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menerima cenderahati selepas merasmikan CIDBH Information Centre (Shanghai) di CITIC Plaza yang merupakan hasil kerjasama antara CIDB Holdings Sdn. Bhd. dan Menara Asia Sdn. Bhd. di sini hari ini.
Pusat ini merupakan yang pertama seumpamanya diwujudkan di luar Malaysia dan berperanan sebagai pusat rujukan rasmi bagi memudahcara urusan eksport bahan binaan ke Malaysia, selaras dengan piawaian serta keperluan pensijilan negara. Langkah strategik ini akan memperkukuhkan kecekapan dan ketelusan dalam rantaian bekalan pembinaan, serta menandakan perluasan pengaruh industri pembinaan Malaysia di peringkat global.

Hashtag/Tanda Pagar/Tagar : #PolitikEraBaharu #UMNO80Tahun #UMNO