Mesyuarat Majlis Tindakan Pembangunan KKDW

KUALA LUMPUR 3 Nov–Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahamd Zahid Hamidi yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tindakan Pembangunan KKDW (MTPK) Bil. 2 Tahun 2025 bagi meneliti prestasi pelaksanaan projek, menyelaras isu berbangkit, serta memastikan pencapaian fizikal dan perbelanjaan kementerian berada di landasan yang ditetapkan menjelang akhir tahun ini.
