Meninjau Medan Niaga Kampung Melayu Majidi

JOHOR BAHRU 31 Okt–Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi berkesempatan meninjau sendiri Medan Niaga Kampung Melayu Majidi, sebuah nadi ekonomi masyarakat setempat yang menjadi kebanggaan warga Johor Bahru.
Medan Niaga ini merupakan hasil pembangunan semula pasar awam oleh Majlis Bandaraya Johor Bahru dengan sokongan Kerajaan Persekutuan, melibatkan peruntukan sebanyak RM19.8 juta serta tambahan RM7.79 juta bagi kerja-kerja naik taraf yang telah siap sepenuhnya pada tahun 2024.

Hashtag/Tanda Pagar/Tagar : #PolitikEraBaharu #UMNO80Tahun #UMNO