Menyampaikan Deklarasi Bersama Kuala Lumpur Kepada Setiausaha Agung ASEAN

KUALA LUMPUR 31 Okt–Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin menyampaikan Deklarasi Bersama Kuala Lumpur kepada Setiausaha Agung ASEAN, TYT Dr. Kao Kim Hourn, simbol komitmen berterusan rantau ini terhadap keamanan, kestabilan dan kemakmuran bersama.
Deklarasi ini mencerminkan kesungguhan negara anggota memperkukuh perpaduan serantau serta memastikan ASEAN kekal aman, berdaya tahan dan bersatu dalam menghadapi cabaran keselamatan masa depan.

