Mengiringi Keberangkatan Pulang Sultan Brunei

SUBANG 29 Okt–Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir mengiringi keberangkatan pulang Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah selepas menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 dan Sidang Kemuncak Berkaitan di Kuala Lumpur.
Baginda bersama DYTM Paduka Seri Pengiran Muda Abdul Mateen Bolkiah menaiki pesawat petang semalam selepas upacara pelepasan pulang berserta hamparan permaidani merah dan kawalan kehormatan dari Batalion Pertama Rejimen Renjer Diraja (Istiadat) di TUDM Subang.

Hashtag/Tanda Pagar/Tagar : #PolitikEraBaharu #UMNO80Tahun #UMNO