Kunjungan Exco Perak

KUANTAN 27 Okt–Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail menerima kunjungan hormat daripada Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga, Kebajikan Masyarakat dan Pembangunan Usahawan Negeri Perak Datuk Salbiah Mohamed bersama pegawai di Pusat Pentadbiran Sultan Ahmad Shah (PPSAS), KotaSAS hari ini.
Pertemuan ini membuka ruang kerjasama strategik antara Negeri Pahang dan Negeri Perak dalam memperkukuh agenda pembangunan wanita, memperkasa institusi keluarga serta memperluas peluang kerjasama keusahawanan di kedua-dua negeri.

