Pelancaran Johor Business Summit Dan Expo (JBSE) 2025

JOHOR BAHRU 26 Okt–Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi semasa hadir Majlis Pelancaran Johor Business Summit & Expo (JBSE) 2025 telah berlangsung dengan penuh jayanya di Persada Johor hari ini. Majlis ini merupakan permulaan kepada gerakan besar dalam memperkasa usahawan Johor menghadapi era perniagaan yang semakin dinamik.
JBSE 2025 menghimpunkan lebih 2,600 peserta daripada pelbagai sektor termasuk usahawan tempatan, pemain industri, agensi kerajaan dan delegasi antarabangsa. Platform ini menjadi ruang penting untuk menjalin kerjasama strategik, bertukar pandangan serta meneroka peluang baharu yang mampu memacu pertumbuhan ekonomi Johor ke tahap lebih tinggi.

Hashtag/Tanda Pagar/Tagar : #PolitikEraBaharu #UMNO80Tahun #UMNO