Penganugerahan Beret Biru Pasukan Khas Udara (PASKAU) Dan Majlis Penutup Kursus Komando Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Siri 32/25

ROMPIN 26 Okt–Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah dan Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj serta Kebawah Duli Paduka Mulia Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang berkenan bercemar duli berangkat ke upacara Penganugerahan Beret Biru Pasukan Khas Udara (PASKAU) Dan Majlis Penutup Kursus Komando Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Siri 32/25 di Pantai Hiburan, Rompin. Turut hadir Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.

