Program Advokasi Perlindungan Kanak-Kanak Peringkat Negeri Johor 2025

SIMPANG RENGGAM 25 Okt–Timbalan Menteri Datuk Seri Dr Noraini Ahmad merasmikan Program Advokasi Perlindungan Kanak-Kanak: KASIH Kanak-Kanak Peringkat Negeri Johor 2025 bertempat di Kompleks Penghulu Mukim Ulu Benut, Simpang Renggam, Johor.
Objektif program ini amat jelas dan signifikan. Ia bagi meningkatkan kefahaman kanak-kanak tentang isu pemeliharaan dan perlindungan, memberi pendedahan kepada tindakan yang boleh diambil oleh ibu bapa, penjaga atau komuniti apabila berlaku kes penderaan atau pengabaian, serta memperkukuh hubungan antara kanak-kanak dan Pasukan Perlindungan Kanak-Kanak (PPKK) agar mereka lebih dikenali dan mudah diakses oleh masyarakat setempat.

Hashtag/Tanda Pagar/Tagar : #PolitikEraBaharu #UMNO80Tahun #UMNO