Kunjungan Hormat Duta Besar Brazil Dan Duta Besar Jepun ke Malaysia

RABU 22 Okt–Menteri Perladangan dan Komoditi Datuk Seri Johari Abdul Ghani menerima kunjungan hormat Duta Besar Brazil ke Malaysia TYT Daniella Ortega de Paiva Menezes di sini hari ini.
Pertemuan ini memberi ruang untuk membincangkan potensi kerjasama dalam pembiayaan hijau dan pemeliharaan hutan tropika, termasuk cadangan penubuhan dana berdaulat bagi menyokong komuniti dan tenaga yang memelihara alam sekitar.


RABU 22 Okt–Menteri Perladangan dan Komoditi Datuk Seri Johari Abdul Ghani menerima kunjungan hormat Duta Besar Jepun ke Malaysia TYT Noriyuki Shikata di sini hari ini.
Pertemuan ini memberi peluang untuk memperkukuh kerjasama dua hala antara Malaysia dan Jepun dalam bidang kelestarian, tenaga boleh diperbaharui dan teknologi hijau.
Kami berbincang mengenai pelaksanaan Memorandum of Cooperation (MoC) dalam sektor biojisim yang disasarkan untuk dimeterai sebelum akhir tahun ini, serta usaha bersama dalam memperkenalkan teknologi berinovasi bagi mengurangkan pelepasan karbon di kedua negara.

