Mengukuhkan Muhibah Yang Telah Lama Terjalin.

BAGAN DATUK 21 Oktober — Timbalan Perdana Menteri merangkap Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berpeluang memenuhi undangan rumah terbuka masyarakat India di Bagan Datuk bagi menyambung silaturahim dan mengukuhkan muhibah yang telah lama terjalin. Terima kasih atas sambutan yang mesra dan keikhlasan yang tidak pernah putus. Moga cahaya Deepavali kali ini menerangi hati dengan kebahagiaan, keharmonian, dan keberkatan buat seluruh rakyat Malaysia.
