Konvoi Terpanjang & Konsert Lejen Meriahkan Parlimen Pengerang


PENGERANG, 18 Okt — Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang & Reformasi Institusi) merangkap Ahli Parlimen Pengerang, Datuk Seri Azalina Othman Said menyertai Konvoi Bermotor Terpanjang sejauh 81.9km disertai lebih 850 peserta, disusuli Konsert Lejen Otai 2025 di Dataran Tanjung Balau yang menarik lebih 10,000 pengunjung hari ini dan semalam.
