Pertemuan Bersama Timbalan Menteri Perubahan Iklim Dan Tenaga Australia

KUALA LUMPUR 16 Okt–Menteri Perladangan dan Komoditi merangkap Pemangku Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam Datuk Seri Johari Abdul Ghani mengadakan pertemuan bersama Timbalan Menteri Perubahan Iklim dan Tenaga Australia Yang Berhormat Josh Wilson di sini hari ini.
Berbincang mengenai usaha memperkukuh tadbir urus karbon negara, termasuk langkah Malaysia merangka undang-undang pelepasan karbon serta penyediaan pelan tindakan NDC 3.0 bagi mengukuhkan tadbir urus Malaysia dalam melaksanakan komitmen untuk mencapai sasaran Net Zero 2050 dan pengurangan GHG menjelang 2030.

