Kunjungan Hormat Pesuruhjaya Tinggi Kanada ke Malaysia

KUALA LUMPUR 16 Okt–Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Hasan menerima kunjungan hormat Pesuruhjaya Tinggi Kanada ke Malaysia PYT Jodi Rae Robinson di Wisma Pertahanan hari ini. Kunjungan ini merupakan yang pertama sejak beliau memulakan tugas di sini.
Malaysia sentiasa membuka pintu untuk Kanada menjadikan Malaysia sebagai pintu masuk utama ke rantau ASEAN, selaras dengan tumpuan baharu Kanada terhadap rantau Asia Pasifik sebagai kawasan yang semakin penting dan strategik dari segi ekonomi, perdagangan dan keselamatan.
